Nama : Yasmin syazwana bt mohd yusof No.pendaftaran : 04dpm23f1105 Tajuk : pengisytiharan darurat Link tiktok : https://vt.tiktok.com/ZS2wTw6ff/ 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐫𝐚𝐭 𝟏𝟗𝟒𝟖-𝟏𝟗𝟔𝟎 Darurat 1948-1960,juga dikenali sebagai Darurat Malaya,merujuk kepada tempoh darurat yang diisytiharkan di Tanah Melayu oleh penjajah British bermula 16 Jun 1948.Ia dilancarkan sebagai reaksi kepada ancaman yang ditimbulkan oleh pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang cuba menggulingkan pemerintahan kolonial dan menubuhkan sebuah negara komuniti. LATAR BELAKANG Selepas perang dunia kedua,Tanah Melayu mengalami ketidakstabilan ekonomi dan sosial,terutama disebabkan oleh inflasi yang tinggi,pengangguran,dan masalah perumahan.Di samping itu,rasa tidak puas hati terhadap British di kalangan buruh,terutama di kalangan pekerja ladang dan lombong,semakin meningkat.Parti Komunis Malaya,yang sebelum ini bersekutu dengan pihak bersekutu menentang Jepun,mula melancarkan serangan gerila terhadap pent...